Tuesday 4 October 2011

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time...


Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan

8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2....
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.....kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..

Monday 3 October 2011

Tips Memilih Kasut Sebelum Membeli..

1. Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.
2. Kedua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.
3. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.
4. Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.
5. Usah pakai kasut tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

Tips Memilih tudung


Imej yang sama??? Sangat bosan. Tukarlah penampilan dengan memilih tudung yang sesuai dengan anda.

Beberapa tips untuk memilih tudung supaya anda tampil lebih elegen & stylo walaupun bertudung.

1). Cari tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk.


2). Pilihlah tudung yang bercorak apabila anda memakai baju yang berwarna kosong.


3). Apabila anda memakai baju yang bercorak, elakkan memakai tudung yang bercorak juga ini akan       
mencacatkan penampilan anda. :)

4). Tudung berwarna hitam dan putih kategori warna tudung yang mudah dipadankan untuk semua jenis baju. Penambahan aksesori yang bersesuaian akan melengkapkan lagi penampilan anda.


5). Beranikan diri mencuba tudung dari pelbagai jenis kain selain tudung bawal. Supaya nampak lain. hehehe..



6). Warna tudung yang terang seperti oren,merah,pink,kuning akan menampakkan diri anda seorang yang ceria dan berkeyakinan tinggi.Tak salah mencubanya.

7). Cuba elakkan memakai tudung yang sama warna dengan baju. Contoh baju warna biru,tudung pun warna biru. huhuh


Hmm ada tambahan lagi tak??? hehehehe kalau ada boleh kongsi-kongsi <3